click to create your own

Selasa, 30 Mac 2010

PENDANDAN RAMBUT MUDA / PENDANDAN RAMBUT/ PENDANDAN RAMBUT KANAN TAHAP 1-3

KURSUS JURUKECANTIKAN / JURUESTETIK / JURUTERAPI ESTETIK TAHAP 1-3



PENGENALAN
Kursus Jurukecantikan /Juruestetik merupakan salah satu jurusan Perkhidmatan Personal. Modul kursus berasaskan 'National Occupational Skill Standard' (NOSS) Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF
Ø Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, berpengetahuan dalam jurusan;
Ø Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum;
Ø Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.

RINGKASAN KURSUS
Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan solekan.
Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap, pengurusan salon dan khidmat pelanggan.

MODUL KURSUS
Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

· Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas
· Penjagaan kesihatan diri dan salon
· Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan
· Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka
· Perawatan kaedah manual
· Perawatan menggunakan mesin
· Perawatan kuku (Manicure & Pedicure)
· Teknik mekap - asas dan professional
· Perawatan bulu mata
· Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter
· Pengurusan salon
· Etika dan penampilan diri
· Perhubungan awam

AKTIVITI KURSUS

Teori
Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam 'learning guide' mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, carta dan risalah penerangan serta tayangan video.

Amali
Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. 'Live Model' di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak. Keterampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul.

Latihan Niaga
Pelajar-pelajar diberi peluang terampil, kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di pusat latihan juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya.

Ceramah dan Demontrasi
Sebagai menambahkan lagi keyakinan pelajar-pelajar, penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.
Latihan Pratikal
Pelajar akan mendapat latihan dipusat kecantikan.

PENSIJILAN ,TEMPOH KURSUS DAN YURAN
Pelajar-pelajar yang berjaya akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:

Tahap Tempoh Yuran

Tahap 1 - Juru Kecantikan 6 bulan RM 2,000.00

Tahap 2 - Juruestetik 6 bulan RM 2,000.00

Tahap 3 - Juruterapi estetik 12 bulan RM 4,000.00

PELUANG KERJAYA

Ø Juru Kecantikan di agensi-agensi awam /swasta dan make-up artist.
Ø Usahawan dalam bidang kecantikan.
Ø Peluang Menjadi Tenaga Pengajar.
Ø Pakar Perunding Kecantikan.

KELAYAKAN PEMOHON
Lepasan SPM, Umur 16 hingga 50 tahun, individu yang minat dalam bidang kecantikan.

TEMPAT LATIHAN
PT 1046 & PT 1047 tingkat 1, Tanjong Mas, Jalan Panji , 16100
Kota Bharu ,Kelantan.
Tel: 097745766
Hp:0129562290

PENDAFTARAN PELAJAR - SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA
Pendaftaran kursus untuk Sesi Januari 2011 kini dibuka.

Isnin, 29 Mac 2010

INTAKE 2009


mekap kreative





Pusat latihan A-one telah berjaya menghasilkan pelajar2 jurusan persolekkan n kesihatan serta pelajar jurusan dandanan rambut...mereka telah menamatkan pengajian mereka slama 1 thn di pusat latihan kami dgn jayanye... matlamat & tujuan kami adalah untuk melahirkan lbh rmai lg pekerja berkemahiran..

Kelas dan kemudahan pembelajaran amat selesa..jga invrment tempat belajar yg santai..

Pendaftaran baru telah kami buka utk perantis persaorangan juga brkumpulan..jika anda berminat..boleh hubungi PN. NING di talian 012-9562290 / 09-7745766..

Khamis, 25 Mac 2010

PROMOSI TERKINI!!!

April 2010...teristimewa kpda semua pembaca blog kami..kami menawarkan promosi trbaru salun kami untuk anda!!
Dengan setiap pembelian barangan di salun kami..kami memberikan rawatan muka dengan jaminan keselesaan untuk anda secara PERCUMA!!!

ATAU

Anda membawa 2 org rakan utk membuat rawatan muka..PERCUMA 1 rawatan muka utk anda!!
jadi..ape tggu lg..brkunjunglah ke salun kami sekarang...=))